China akan menambah peruntukan sebanyak 17 juta dolar Amerika kepada dana kerjasama rantau Asia. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-13 di Hanoi hari ini.
Untuk melaksanakan rancangan tindakan lima tahun kedua China-ASEAN, Wen Jiabao mencadangkan agar negara-negara anggota mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan China-ASEAN supaya berkembang secara berterusan, sihat dan pesat, dengan secepat mungkin menjalinkan jaringan kesalinghubungan, mendorong pembukaan dan penyatuan pasaran kewangan dan modal secara teratur, meningkatkan kerjasama ekonomi pertanian serantau, menambah peruntukan untuk pembangunan yang berterusan, dan terus meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat pelbagai negara.