Pada 1 hingga 3 Februari lalu, Presiden China, Hu Jintao berada di bandar Baoding, provinsi Hebei untuk merayakan Tahun Baru China bersama-sama dengan penduduk di sana.
Pada petang kelmarin, Hu Jintao pergi ke pusat perkhidmatan hal ehwal awam Kaunti Shunping Baoding untuk menziarahi orang tua dan anak yatim yang tinggal di sana serta para pekerja yang sedang bertugas di pusat itu.
Pada pagi semalam, Hu Jintao pula pergi ke kewasan kediaman Mingchangyuan yang terletak di zon penerokaan teknologi canggih bandar Baoding untuk menyampaikan salam kepada penduduk dan pekerja di sana.
Dalam tempoh di bandar Baoding, Hu Jintao juga mendengar laporan kerja yang dibuat oleh kerajaan provinsi Hebei.