Rakyat China memberi perhatian terhadap bencana gempa bumi di Jepun dan melahirkan rasa simpati kepada rakyat yang menjadi mangsa di negara itu.
Bahagian Bahasa Jepun Radia Antarabangsa China (CRI) membuat rancangan khas untuk menyampaikan simpati daripada rakyat China kepada rakyat Jepun. Ketua bahagian tersebut, Fu Ying berkata, " kami terkejut apabila mendengar berita tentang gempa bumi di Jepun itu. Rakyat China berharap kehidupan rakyat Jepun dapat dipulihkan secepat mingkin."
Selain itu, rakyat China juga memberikan tumpuan terhadap perkembangan terkini di Jepun, serta menyampaikan rasa simpati kepada mangsa gempa bumi melalui mikroblog dan laman web.