Presiden China Hu Jintao pergi ke Kedutaan Jepun di Beijing untuk menyampaikan takziah kepada mangsa yang terkorban dalam bencana gempa bumi yang berlaku di Jepun pada 11 Mac serta mengadakan pertemuan singkat dengan Duta Besar Jepun, Ukichiro Niwa petang semalam.
Hu Jintao menyatakan bahawa China dan Jepun merupakan negara jiran yang baik. China mempunyai rasa sedih atas malapetaka yang diderita oleh rakyat Jepun dalam bencana ini. Kerajaan dan rakyat China sedang berusaha menyokong operasi menyelamat di Jepun. Kerajaan China akan terus memberikan bantuan yang sejawar kepada Jepun. Semoga rakyat Jepun mengatasi kesukaran dan membangunkan kampung halaman dengan seawal mungkin. Pada masa yang sama, kerajaan China juga menyampaikan terima kasih kepada kerajaan Jepun atas bantuan yang diberikan segera kepada warga China di negara itu.
Uichiro Niwa menyatakan bahawa Jepun sedang menjalankan operasi menyelamat dengan bantuan masyarakat antarabangsa termasuk China. Jepun bersedia memelihara komunikasi yang erat dengan China.