Kebocoran radiasi loji kuasa nuklear Jepun kini menjadi fokus masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan penggunaan tenaga nuklear, khususnya bagi beberapa buah negara Asia yang sedang melakukan pembangunan tenaga nuklear secara besar-besaran.
Menurut pakar daripada Universiti Nasional Singapura bahawa pembangunan tenaga nuklear kini perlu dilakukan oleh sesetengah negara Asia bagi memastikan pertumbuhan ekonomi mereka. Walau bagaiamanapun, ia perlu dilakukan berdasarkan peraturan dan sistem keselamatan yang sempurna. Tambah beliau, pembinaan loji kuasa nuklear seharusnya diadakan selepas melatih tenaga profesional dan mendengar pandangan daripada pelbagai pihak.
Vietnam telah menandatangani perjanjian dengan Jepun dan Rusia pada awal tahun ini tentang pembinaan dua buah reaktor nuklear menjelang tahun 2025. Kerajaan Indonesia mula melatih ahli penyelidik tenaga nuklear sendiri pada tahun 1980-an, dan telah membina dua buah reaktor nuklear yang menelan belanja sebanyak 8 bilion dolar Amerika. Pada tahun 2010, kerajaan Malaysia pula telah meluluskan rancangan pembinaan dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawatt. Kedua-dua loji tersebut dijangka beroperasi pada tahun 2021 dan 2022.
Pembinaan loji kuasa nuklear menimbulkan percanggahan pendapat di beberapa negara Asia termasuk, Thailand, Malaysia dan Filipina berikuan berlakunya kebocoran radiasi di loji nuklear Fukushinia, Jepun baru-baru ini. Malah, perkara ini menimbulkan perhimpuan tunjuk perasaan di negara-negara tersebut.
Walau bagaimanpun, menurut pandangan pakar bahawa penggunaan dan penerokaan tenaga nuklear merupakan arus perdana bagi negara-negara Asia dalam usaha pembangunan tenaga. Mantan Presiden Persatuan Tenaga Nuklear Thailand berkata bahawa loji kuasa nuklear Fukushinia dibina pada 40 tahun lalu dan telah ketinggalan teknologinya. Manakala, loji nuklear yang dibina berdasarkan teknologi moden mampu mengelakkan insiden teruk seumpama itu. Dekan Fakulti Pembangunan Sains dan Teknolgi Tenaga Nuklear Universiti Chulalongkorn Thailand pula berpendapat bahawa pembinaan loji kuasa nuklear tidak sepatutnya ditentukan oleh emosi masyarakat awam, manakala keuntungan dan kerugian daripadanya ialah perkara yang perlu dipertimbangkan. Menurut beliau, selain daripada gas asli, amat susah bagi Thailand untuk mencari sumber tenaga lain yang boleh menjana kuasa elektrik.
Menurut laporan yang dibuat menerusi Stesen TV Negara Vietnam pula, pembinaan loji kuasa nuklear yang dirancangkan oleh negara itu akan menggunakan teknologi yang lebih maju daripada loji nuklear Fukushinia. Selain itu, Jepun juga akan mengambil iktibarnya ketika bekerjasama dengan Vietnam dalam membina loji kuasa nuklear.