Cari:
Keselamatan Terjamin Sepanjang Universiade
2011-08-11 16:16:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Shenzhen telah membangunkan sistem keselamatan tiga dimensi, laut, darat dan udara bagi menjamin keselamatan sepanjang Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-26 berlangsung. Universiade akan bermula esok.

Sistem keselamatan berteknologi tinggi juga dipasang di semua pintu masuk stadium. Sebanyak 300 ekor anjing pengesan bom juga ditempatkan di perkampungan sukan itu.

Di kawasan luar bandar Shenzhen, sebanyak 21 pos pemeriksaan polis diwujudkan. Turut dilancarkan, kawalan keselamatan di kawasan awam oleh 13 buah agensi polis peringkat provinsi dan wilayah di sekitar Shenzhen.

Dari segi pemeriksaan sempadan, mesin pengimbas digunakan untuk memeriksa bagasi pelancong yang keluar masuk melalui pintu sempadan. Pasukan Bersenjata Anti keganasan juga akan meronda di kawasan berkaitan.

Di pelabuhan pula , "sistem pemantauan perkapalan" yang disokong dengan teknologi maklumat canggih akan menerima informasi AIS dan GPS dari kapal berkaitan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China