Sukan Universiti Dunia ke-26 (Universiade) telah dirasmikan di Shenzhen malam ini.
Presiden China, Hu Jintao telah menghadiri dan merasmikan pembukaan upacara Universiade kali ini.
Menteri Pendidikan, Yuan Guiren sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Universiade Shenzhen 2011 dan Naib Pengerusinya, Wang Rong serta Pengerusi Persekutuan Universiti Antarabangsa (FISU), George Killian turut berucap. Ucapan menyentuh mengenai penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk tenaga pekerja dan sukarelawan bagi menjayakan Universiade kali ini.
Persembahan yang bertemakan "Kita" menjadi acara kemuncak dalam upacara perasmian malam ini.
Universiade kali ini akan berlangsung selama 12 hari hingga 23 Ogos depan. Terdapat 24 acara termasuk olahraga dan renang, dan dua lagi acara tambahan yang lebih diminati oleh para mahasiswa, iaitu aerobik serta catur antarabangsa .