Pihak berkuasa Thailand baru-baru ini mengumumkan untuk membatalkan memorandum persefahaman untuk mengeksport beras seberat 300 ribu tan kepada Indonesia. Langkah tersebut disebabkan harga jual beras itu lebih rendah berbanding dengan harga beli yang dijanji oleh kerajaan Thailand kepada kaum tani domestiknya. Tindakan Thailand tersebut menimbulkan ketidak puasan kerajaan Indonesia. Kedua-dua pihak sedang mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.
Beras berperanan sebagai bahan makanan yang penting bagi rakyat Indonesia. Sejak tahun 1990-an, pihak berkuasa Indonesia memberikan perhatian yang lebih tinggi terhadap sektor industri berbanding sektor pertanian sehingga jumlah penghasilan beras di negara itu semakin berkurang. Seiring dengan penambahan jumlah penduduk yang pesat, jumlah import bahan makanan oleh Indonesia meningkat secara mendadak.
menurut statistik, Indonesia menjadi negara pengguna beras ketiga terbesar di dunia. Akhbar Wall Street Journal menyiarkan, jumlah penggunaan beras perkapita Indonesia purata tahun mencatat 125 kilogram.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, harga bahan makanan di seluruh dunia meningkat secara berterusan. Menurut laporan Program Bahan Makanan dan Pertanian PBB pada bulan September yang lalu, harga bahan makanan di seluruh dunia akan berada pada tahap yang tinggi pada tahun ini. Pihak berkuasa Indonesia menggalakkan penduduk menggunakan bahan makanan yang lain seperti jagung dan kentang untuk mewujudkan kepelbagaian khasiat, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan beras. Pada tahun 2010, kerajaan Indonesia mengadakan kempen "henti makan nasi sehari" untuk menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan beras. Selain itu, kerajaan juga memberikan subsidi kepada kaum tani untuk menggalakkan mereka memilih menaman sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bagaimanapun, menggunakan beras sebagai bahan makanan utama telah menjadi kebiasaan penduduk Indonesia selama beribu-ribu tahun. Jadi bagaimana?