Cari:
Krisis Hutang EU Penghalang Pertumbuhan Ekonomi Global
2011-11-11 15:46:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Krisis hutang di Zon Euro masih menjadi cabaran terbesar bagi pertumbuhan ekonomi sejagat. EU harus segera mengambil langkah yang tegas dan lebih berkesan untuk memulih kestabilan pasaran kewangan.

Demikian seruan Setiausaha Kewangan Amerika Syarikat (AS), Timothy Geithne dalam sidang medianya selepas menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) semalam di Haiwaii.

Beliau berkata, perjanjian kerangka yang khusus untuk menyelesaikan krisis tersebut oleh EU sejak beberapa minggu yang lalu memberi petanda baik tetapi kesannya gagal memuaskan pasaran kewangan dan tidak dapat memulihkan semula keyakinan para pelabur.

Tegasnya, meskipun pelbagai negara anggota telah menerima kesan langsung akibat krisis kali ini, namun pertumbuhan ekonominya masih kukuh.

Negara berkaitan diseru berusaha merangsang keperluan domestik masing-masing bagi menampan impak akibat krisis hutang di Zon Euro pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China