Cari:
Yang Jiechi Bertemu dengan Hillary Clinton
2011-11-11 14:50:29 CRI Cetak
Menteri Luar China, Yang Jiechi bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Honolulu di luar Sidang Kemuncak Tidak Rasmi ke-19 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.

Yang Jiechi berkata, pertemuan Presiden Hu Jintao dengan Presiden AS Barack Obama yang bakal diadakan memberi makna yang penting kepada kestabilan hubungan China-AS.

China bersedia menjalin hubungan rapat dengan AS .

Hubungan erat atas dasar rasa saling mempercayai membolehkan semua perjanjian yang dipersetujui oleh pemimpin kedua-dua negara dijalankan atas dasar saling menghormati dan saling menguntung.

Hillary Clinton pula berkata, Presiden Obama menantikan pertemuan dengan Presiden Hu. Washington mementingkan hubungan kerjasama dengan Beijing, kerana hubungan itu juga penting kepada seluruh dunia. Beliau berharap kedua-dua pihak akan berusaha untuk membangunkan hubungan dua hala dengan lancar.

Kedua-dua pihak bersama-sama menyatakan untuk mendorong persidangan kali ini supaya lebih berhasil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China