Cari:
Hubungan Ekonomi dan Perdagangan China-A.S. Saling Menguntung
2011-11-11 15:25:31 CRI Cetak
Presiden China, Hu Jintao mengadakan pertemuan dengan perwakilan daripada sektor industri dan perdagangan Amerika Syarikat di Honolulu semalam.

Beliau menegaskan hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan A.S saling menguntungkan.

Hubungan itu bukan sahaja berkait rapat dengan rakyat kedua-dua negara, tetapi juga berperanan dalam pemulihan dan pembangunan ekonomi dunia.

Kalangan industri dan perdagangan AS diharap menyumbang untuk mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pembangunan hubungan dua hala. Menurutnya, hubungan itu kini menghadapi cabaran dan juga peluang.

Beliau berkata, jika Amerika melonggarkan sekatan eksport teknologi tinggi ke China, masalah ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara akan dapat diatasi. Malah ekonomi dan peluang pekerjaan AS juga dapat ditingkatkan.

Presiden Hu juga berkata, China menghargai kesediaan Amerika menerima pelaburan daripada syarikat China, namun lebih banyak tindakan diperlukan.

Beliau juga menggariskan bidang kerjasama yang berpotensi untuk dikembangkan. Ini termasuk tenaga bersih, pengurangan pelepasan karbon, bioperubatan serta penyelidikan aeronautik dan angkasa lepas. Hubungan kerjasama perdagangan dan ekonomi kedua-dua negara mempunyai masa depan yang baik.

Hu Jintao turut menyeru syarikat China dan AS mengadakan rundingan secara telus dan adil mengikut peraturan pasaran dan WTO untuk mengelakkan sebarang masalah. Mereka juga diharap bersama membanteras perlindungan perdagangan.

Tegasnya, China sudah menggubal undang-undang untuk melindungi hak harta intelek. Beijing juga bersedia bekerjasama dengan Washington untuk menggalakkan perlindungan hak cipta.

Pengerusi Lembaga Perdagangan AS,Thomas Donohue dan Ketua Pegawai Operasi UPS, Michael Ducker turut serta dalam pertemuan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China