Cari:
Kesan Kehadiran AS dan Rusia dalam Sidang Kemuncak Asia Timur
2011-11-16 14:27:26 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Ke-6 akan diadakan di Pulau Bali, Indonesia pada 19 November ini. AS dan Rusia akan buat pertama kali menyertai sidang kemuncak tersebut sebagai negara anggotanya. Apakah kesan berikutan kehadiran kedua-dua negara itu kepada rangka keselamatan Asia Timur dan mekanisme kerjasama serantau? Sarjana dari beberapa negara terlibat telah mengemukakan pandangan mereka.

Menurut profesor Chandra Muzaffar daripada Universiti Sains Malaysia, keselamatan di rantau Asia Timur perlu diwujudkan berdasarkan persefahaman antara pelbagai negara serantau, dan bukannya bergantung kepada sesebuah negara kuasa besar. Di samping itu, beliau menyarankan supaya negara-negara ASEAN tidak memberikan peruntukan yang keterlaluan dalam bidang ketenteraan dan mengelakkan faktor yang boleh mencetuskan ketegangan di rantau ini.

Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pusat Kajian Strategik Antarabangsa Indonesia (CSIS), Jusuf Wanandi berkata, negara-negara ASEAN mempunyai pendirian yang berbeza dalam mewujudkan persefahaman keselamatan serantau. Namun, semua negara ASEAN tidak mahu melihat kuasa yang cuba monopoli rantau ini, tanpa mengira bilangan negara rantau lain menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur.

Pakar isu Asia daripada Universiti Johns Hopkins AS, David Lampton pula menyarankan pembentukan rangka keselamatan baharu di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur yang membolehkan pelbagai negara terlibat mengambil bahagian, dan bukannya menjadi sasaran dalam rangka keselamatan.

Naib Ketua Pengarah Institut Timur Jauh Akademi Sains Rusia, Sergey Luzyanin pula berpendapat, mekanisme keselamatan Asia Timur dan Asia Pasifik yang sedia ada dibentuk dalam tempoh Perang Dingin. Ia tidak membantu mewujudkan persefahaman antara negara serantau kerana berteraskan kepada AS sahaja. Perkara yang penting untuk memastikan keselamatan di rantau Asia Timur adalah mewujudkan keseimbangan beberapa hubungan dua hala, termasuk hubungan China-AS, Rusia-AS dan AS-Jepun.

Menyebut tentang strategi kehadiran AS dan Rusia dalam EAS, David Lampton berkata, jika melihat dari segi geografi dan perdagangan luar, AS perlu memainkan peranan yang lebih positif dalam rantau Asia Pasifik. Dalam konteks ini, China dan AS perlu mewujudkan kerangka keselamatan berdasarkan kerjasama dua hala, dan bukannya menjadi pesaing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China