Cari:
Tokyo dan Doha Berebut Hak Penganjuran Sukan Olimpik 2020
2012-02-14 13:55:58 CRI Cetak

Tokyo Jepun dan Doha Qatar semalam menyerahkan surat permohonan secara rasmi kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020.

Selain Tokyo dan Doha, empat lagi bandar sudah mengemukakan permohonan yang sama. Ini termasuk Baku Azerbaijan, Rom Itali, Istanbul Turki dan Madrid Spanyol.

Tokyo, Madrid, Baku dan Doha pernah membuat permohonan sebelum ini untuk dipilih menganjurkan Sukan Olimpik tahun 2016. Istanbul pula memohon sejak tahun 2000, namun gagal.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan membuat undian sulit dalam bulan September 2013 untuk memilih tuan rumah Sukan Olimpik 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China