Cari:
Persidangan Tahunan CPPCC Bermula
2012-03-03 16:21:36 CRI Cetak

Persidangan ke-5 Jawatankuasa Kebangsaan ke-11 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing. Sidang itu merupakan sesi terakhir dalam tempoh penggal lima tahun.

Barisan pemimpin tertinggi Parti Komunis (CPC) dan pemimpin negara termasuk Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqiang dan Zhou Yongkang menghadiri persidangan itu.

Seramai 2,200 ahli CPPCC yang hadir mengikuti laporan kerja yang dibentangkan oleh Pengerusi CPPCC, Jia Qinglin.

Dalam tempoh 10 hari ini, para perwakilan akan memusatkan perhatian dan mengupas mengenai isu politik, ekonomi dan sosial negara.

CPPCC terdiri daripada tokoh elit daripada anggota masyarakat yang bersedia berkhidmat sebagai kumpulan pemikir bagi kerajaan dan untuk badan perundangan dan penggubal dasar.

Jawatankuasa itu termasuk wakil pelbagai etnik minoriti dan wakil rakyat senegara dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Macau serta Taiwan.

CPPCC merupakan manifestasi demokrasi sosialis China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China