Cari:
Pembangunan Sosioekonomi China Tetap Hadapi Kesukaran dan Cabaran
2012-03-05 09:50:17 CRI Cetak

Pembangunan ekonomi dan sosial China masih menghadapi banyak kesukaran dan cabaran.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata proses pemulihan ekonomi dunia mengalami kesukaran kerana krisis kewangan antarabangsa masih merebak. Tambah lagi, krisis hutang di beberapa negara tidak mungkin dipulihkan dalam jangka masa pendek. Lebih-lebih lagi, di negara maju, kadar pengangguran masih tinggi, manakala entiti ekonomi baru pula dihambat oleh tekanan inflasi dan kemelesetan ekonomi.

Wen Jiabao berkata demikian ketika membentangkan laporan kerja kerajaan dalam Sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 di Beijing hari ini.

Beliau berkata, daripada sudut domestik, paling mendesak sekarang adalah untuk melaksanakan usaha bagi mengekang perbezaan struktur dalam kerangka sediada dan pembangunan yang tidak seimbang.

Perdana Menteri Wen berkata, terdapat banyak masalah baharu yang muncul dalam pengurusan ekonomi. Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi masih menghadapi tekanan dan kekal dengan trend menurun, manakala harga barangan masih tinggi. Di samping itu, kawalan pasaran hartanah pada masa kini masih pada tahap yang kritikal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China