Cari:
Ujian Dadah Guna Teknologi Canggih dalam Sukan Olimpik London 2012
2012-03-29 13:41:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Makmal Antidadah Sukan Olimpik London semalam mengundang media untuk melihat kemudahan di makmal itu. Pengarah teknikal makmal tersebut, David Cowan menyatakan bahawa peralatan yang digunakan dalam makmal itu paling canggih dalam sejarah Sukan Olimpik.

Katanya, dalam tempoh empat tahun yang lalu, teknologi berkenaan telah mencapai kemajuan besar. Peralatan pengesanan yang canggih tersebut dikatakan dapat memberikan keputusan ujian paling cepat dan tepat.

Penggunaan peralatan itu membolehkan lebih 240 jenis dadah dikesan dalam tempoh 24 jam selepas sampel air kencing dihantar ke makmal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China