Cari:
Ekonomi China Suku Pertama Memuaskan
2012-04-04 11:44:46 CRI Cetak

Ekonomi China pada suku pertama tahun 2012 memuaskan, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Indeks Harga Pengguna (CPI) masing-masing meningkat 8.4% dan 3.5%.

Demikian dimaklumkan Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Zhang Xiaoqiang dalam sesi taklimat "Prospek Ekonomi Dunia 2012: Unsur yang Menentu dan Unsur yang Tidak Menentu" di bawah Forum Asia Boao 2012 semalam.

Ketika mengimbau kembali matlamat pembangunan ekonomi yang digariskan dalam laporan kerja kerajaan, Zhang menegaskan bahawa usaha yang gigih diperlukan bagi mewujudkan KDNK meningkat 7.5%, mengawal CPI pada sekitar 4%, memangkin pertumbuhan perdagangan luar sebanyak 10% dan menambah 7.5% pendapatan penduduk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China