Cari:
"Soft Landing", Pilihan Entiti Ekonomi Baharu
2012-04-04 15:25:29 CRI Cetak

"Soft landing" merupakan pilihan bagi entiti ekonomi baharu. Demikian dinyatakan Gabenor Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan dalam satu sesi taklimat anjuran Forum Asia Boao 2012 semalam.

Menurut beliau, "soft landing" itu bermakna "mengawal operasi ekonomi yang terlalu panas dan menurunkan kadar inflasi". Ini sejajar dengan matlamat dasar sejumlah entiti ekonomi termasuk China.

Walau bagaimanapun, negara yang berlainan biasanya akan membuat pilihan yang berbeza ekoran situasi ekonomi yang dihadapi berbeza. Langkah yang ketat perlu diambil untuk memulihkan keyakinan pasaran apabila situasinya memburuk. Namun, China tidak perlu melaksanakan tindakan seumpama itu kerana operasi ekonominya berjalan mantap.

Menyentuh cairan dana, Zhou Xiaochuan berkata, China menggalakkan pelabur domestik berjalan ke seberang laut, namun mereka memerlukan masa bagi mengetahui suasana pelaburan, sistem undang-undang dan pasaran kewangan di destinasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China