Cari:
China Terajui Senarai Pingat Sukan Olimpik Hari Pertama
2012-07-29 15:16:22 CRI Cetak

Sebanyak 12 pingat emas diraihkan pada hari pertama Sukan Olimpik di London. Kontinjen China menduduki tempat pertama, dengan empat pingat emas dan memecah sebuah rekod dunia.

Dalam acara menembak dengan senapang angin 10 meter perseorangan wanita yang diadakan pagi semalam, atlet China, Yi Siling dengan 502.9 mata menjadi johan, sekali gus meraih pingat emas yang pertama bagi temasya sukan kali ini. Perenang China, Sun Yang meraih pingat emas pertama untuk China dalam sejarah renang lelaki Sukan Olimpik, apabila mengalahkan Park Taehwan dari Republik Korea dalam acara 400 meter gaya bebas. Selepas itu, perenang wanita China, Ye Shiwen pula meraih pingat emas dalam acara 400 meter rampaian dengan rekod dunia baru, iaitu 4'28''43. Bagi acara angkat berat kategori 48 kilogram wanita, Wang Mingjuan berjaya menobatkan diri sebagai juara.

Sebanyak 6 kontinjen memperoleh pingat emas pada hari pertama berlangsungnya Sukan Olimpik di London. China, Itali dan A.S. masing-masing menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China