Cari:
Lin Dan Pertahankan Kejuaraan Olimpik
2012-08-06 11:15:28 CRI Cetak

Jaguh badminton China, Lin Dan sekali lagi mengalahkan Lee Chong Wei dari Malaysia 2-1, dalam pertandingan akhir badminton Sukan Olimpik London semalam. Kemenangan ini menjadikan Lin Dan pemain lelaki pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan Olimpik dalam acara itu.

Ini merupakan kali keempat Lin Dan meruntuhkan impian Lee Chong Wei untuk merangkul gelaran juara selepas Sukan Olimpik Beijing, Sukan Asia di Guangzhou dan Kejohanan Dunia di London.

Selepas pertandingan semalam, Chong Wei berkata, Lin Dan merupakan pemain yang paling unggul di dunia. Terdapat hanya satu Lin Dan di dunia. Beliau sukar untuk mengalahkannya.

Pada hari yang sama, pemain lelaki China, Cai Yun dengan Fu Haifeng mendapat pingat emas dalam acara beregu lelaki. Pasukan China memenangi kesemua lima pingat emas dalam acara badminton.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China