Cari:
China Raih Lima Pingat Emas Olimpik Hari Ke-9
2012-08-06 15:35:06 CRI Cetak

China meraih lima pingat emas dalam acara badmindon, gimnastik, angkat berat dan terjun papan anjal pada Sukan Olimpik London yang memasuki hari kesembilan pada 5 Ogos.

Dalam acara angkat berat kategori atas 75 kilogram wanita, Zhou Lulu meraih pingat emas dengan 333kg sekaligus mencipta rekod dunia.

Zou Kai menjadi johan dalam acara senaman lantai

lelaki. Ini merupakan pingat emas kelimanya dalam Sukan Olimpik.

Wu Minxia meraih pingat emas dalam acara terjun papan anjal tiga meter wanita.

Acara pecut 100 meter lelaki merupakan pertandingan yang paling menarik apabila atlet Jamaica, Usain Bolt menjadi johan dengan catatan masa 9.63 saat.

Setakat 5 Ogos, China yang mengutip 30 pingat emas menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat, diikuti oleh AS (28), Britain (16), Republik Korea (10), Perancis (8) dan Itali (6).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China