Cari:
China Raih Tiga Pingat Emas Olimpik Pada Hari Ke-11
2012-08-08 14:05:29 CRI Cetak

Sebanyak 21 pingat emas dianugerahkan pada hari ke-11 Sukan Olimpik London semalam. Kontinjen China meraih tiga pingat emas dalam acara gimnasitik dan pingpong untuk terus menerajui kutipan pingat dengan 34 pingat emas.

Atlet China, Feng Zhe dan Deng Linlin meraih pingat emas masing-masing dalam acara palang selari lelaki dan acara palang imbangan wanita pada hari akhir pertandingan gimnastik. Pasukan pingpong wanita China mengalahkan pasukan Jepun untuk menjuarai acara pingpong berkumpulan wanita.

Dalam pertandingan suku akhir acara bola tampar wanita dan bola keranjang wanita, pasukan China masing-masing ditewaskan oleh Jepun dan Austraila.

Setakat 7 Ogos, China menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat emas, diikuti oleh A.S. (30), Britain (22), Republik Korea (12), Rusia (10) dan Perancis (8).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China