Cari:
Tiga Aspek Kerjasama China-ASEAN Perlu Ditingkatkan
2012-08-30 12:51:37 CRI Cetak

Dalam Persidangan Menteri Ekonomi ASEAN ke-44 di Siem Reap pada 29 Ogos lalu, Menteri Perdagangan China, Chen Deming menyatakan, pada keseluruhannya hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN membangun dengan baik.

"Hubungan ini membangun dengan lancar dan pesat. Walaupun ekonomi dunia merosot pada tahun ini, namun perdagangan dan pelaburan antara China dengan ASEAN berkembang dengan stabil. China sudah tiga tahun berturut-turut menjadi rakan perdagangan terbesar bagi ASEAN dan hubungan perdagangan dua hala juga semakin dilengkapkan. Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (FTA) juga telah disesuaikan berdasarkan keadaan semasa."

Namun, beliau tetap berharap hubungan tersebut dapat ditingkatkan dalam tiga aspek. Menurutnya,

"Dalam membangunkan hubungan perdagangan dengan ASEAN, tiga aspek akan diberi keutamaan. Pertama, kami akan membina kawasan perdagangan bebas yang berperingkat lebih tinggi, di samping meningkatkan skala perdagangan antara kedua-dua pihak. Kedua, kami berharap untuk meningkatkan pelaburan antara kedua-dua pihak, kerana ASEAN mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelaburan China, dan banyak syarikat China turut ingin melabur di luar negara. Ketiga, pembinaan infrastruktur. Memandangkan terhadap enam buah negara anggota ASEAN bersempadan dengan China, hubungan perdagangan dua hala akan dapat semakin ditingkatkan jika sistem pengangkutan dapat diperbaiki."

Tambahnya lagi, China tidak akan dapat benar-benar membangun sekiranya mengasingkan diri daripada proses globalisasi yang berkembang dalam mengatasi rintangan-rintangan. Menurutnya, China amat menyokong integrasi ekonomi di kawasan Asia Timur, termasuk liberalisasi perdagangan dan pelaburan, bahkan menyokong sebarang tindakan yang bermanfaat kepada integrasi tersebut. Beliau berkata

"China menyokong integrasi ekonomi di Kawasan Asia Timur termasuk liberalisasi perdagangan dan pelaburan. China merupakan negara yang paling awal menjalinkan hubungan perdagangan bebas dengan ASEAN. Selepas itu, barulah Jepun, Republik Korea, India, New Zealand dan Australia masing-masing membina kawasan perdagangan bebas dengan ASEAN. China bersikap terbuka kepada proses integrasi serantau. Kami menyokong sebarang tindakan yang bermanfaat kepada integrasi ekonomi. Tetapi kami cuma mampu menyertai proses tersebut berdasarkan keadaan dalaman negeri. Kami harap agar perbincangan berkenaan diadakan dengan telus dan inklusif, iaitu tidak mengasingkan pihak ketiga."

Berhubung keanggotaan Hong Kong dalam CAFTA, Chen Deming berkata,

"Hong Kong merupakan komponen penting bagi ekonomi Asia Timur. Keanggotaan Hong Kong dalam ASEAN akan menjadi pendorong besar bagi pembangunan ekonomi ASEAN dan integrasi ekonomi di Asia Timur, khususnya dalam meneraju pelaburan dan keupayaan untuk meneroka pasaran antarabangsa. Oleh yang demikian, kesemua 10 negara anggota ASEAN memberi sambutan positif terhadap rundingan tentang keanggotaan Hong Kong."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China