Cari:
CAFTA Pemangkin Ekonomi Asia
2012-09-20 14:20:10 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-9 yang dianjurkan bersama China dan negara ASEAN akan membuka tirainya di Nanning, Guangxi esok. Tahun ini ulang tahun ke-10 penandatanganan Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi China-ASEAN dan juga ulang ke-10 kerja pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dimulakan.

Seiring dengan siapnya CAFTA, beras Thailand, getah dan minyak sawit Malaysia, perabot kayu merah Indonesia, jed Myanmar, mangga kering Filipina, kasut sukan Vietnam dan produk istimewa negara Asia Tenggara yang lain semakin banyak memasuki pasaran China. Produk eksport utama dari negara ASEAN termasuk peralatan mesin dan elektrik, barang buatan plastik dan getah dan produk perlombongan, juga mengekalkan peningkatan yang stabil. Pada masa yang sama, jumlah eksport China ke ASEAN terus meningkat. Pada tahun 2002, perdagangan China-ASEAN berjumlah USD 54.767 bilion, pada tahun 2011, angka itu mencecah USD 362.85 bilion, meningkat 5.6 kali ganda. Pada tahun 2011, China menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama tiga tahun berturut-turut, dan ASEAN juga menggantikan Jepun menjadi rakan dagang ketiga terbesar bagi China.

Jika dikatakan tarif sifar telah menggalakkan perdagangan antara China dengan ASEAN, pembinaan infrastruktur termasuk kesalinghubungan telah pun memudahkan pertukaran lawatan rakyat serta pengedaran barangan antara kedua-dua pihak.

Jabatan pengangkutan China dan ASEAN telah menyusun Pelan Strategik Kerjasama China-ASEAN. Kini, jalan raya Kunming-Bongkok telah beroperasi dan projek landasan kereta api Pan-Asia berjalan lancar, penerbangan antara negara ASEAN dengan bandar-bandar besar China semakin bertambah di samping projek kesalinghubungan maritim juga telah dimulakan.

Ambil contoh, Air Asia Malaysia terus meneroka pasaran China. Mulai tahun ini, laluan penerbangan antara bandar Wuhan dengan Bongkok, Nanning dengan Kuala Lumpur akan dibuka. Baru-baru ini, China dan Vietnam juga telah menandatangani Perjanjian tentang Membentuk Sistem Pemberian Lesen kepada Kereta Pengangkutan China-Vietnam. Menurut perjanjian itu, kereta pengangkut kargo dan bas persiaran diizinkan berjalan di jalan raya sepanjang 1,300 kilometer antara Hanoi, Vietnam dengan Shenzhen, China. Perjanjian itu disifatkan sebagai "batu tanda yang penting bagi kerjasama serantau" oleh Bank Pembangunan Asia.

Selain itu, CAFTA telah menggalakkan pelaburan antara China dengan ASEAN. Sehingga setengah tahun pertama tahun ini, jumlah pelaburan antara kedua-dua pihak mencatat hampir USD 93 bilion secara totalnya. Negara ASEAN telah menjadi sasaran pelaburan utama bagi syarikat China.

Pakar ekonomi daripada Bank Pembangunan Asia, Zhuang Juzhong menyatakan bahawa perkembangan CAFTA akan terus menggalakkan integrasi ekonomi serantau, sumbangannya amat penting terutamanya pemulihan ekonomi dunia sekarang begitu perlahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China