Cari:
PKC Gariskan Rancangan Antirasuah
2013-01-01 14:40:52 CRI Cetak

Parti Komunis China (PKC) akan berusaha lebih gigih untuk mengelakkan ahlinya daripada sikap suka bermewah dan salah guna kuasa sebagai sebahagian rancangan antirasuah pada tahun ini.

Langkah berkenaan merupakan salah satu usaha rancangan antirasuah yang digariskan dalam mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat, Xi Jinping. Mesyuarat berkenaan untuk mendengar laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat PKC berkaitan usaha meningkatkan cara kerja PKC, pentadbiran yang telus dan antirasuah.

Usaha membanteras rasuah masih menghadapi cabaran besar. Jabatan-jabatan terlibat perlu melaksanakan sistem antirasuah, mengetatkan disiplin parti, meningkatkan cara kerja pegawai dan menangani masalah yang menonjol dalam usaha membanteras rasuah berdasarkan semangat Kongres Kebangsaan Ke-18 PKC.

Mesyuarat itu menggariskan kewibawaan dan ketegasan perlembagaan PKC untuk memantau pelaksanaan lapan peraturan sebagai kerja semasa dan tindakan disiplin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China