Cari:
Penumpang Sempena Tahun Baharu Cina Lebih 3.14 Bilion Orang
2013-01-18 12:27:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jumlah pengguna jalan raya pada Tahun Baharu Cina tahun ini dijangka mencatat 3.1 bilion orang, meningkat 9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, manakala 43.08 juta orang dijangka mengguna pengangkutan air, iaitu meningkat 1.5% daripada tempoh tahun lalu.

Jumlah penumpang penerbangan awam China pula dijangka mencatat 35.5 juta orang, meningkat 5.2% daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut maklumat, untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang baik dan selamat kepada penumpang pada cuti Tahun Baharu China, Kementerian Pengangkutan menggesa pelbagai badan dan institusi berkenaan menumpukan perhatian terhadap pengurusan keselamatan pengangkutan bagi mengelakkan masalah berikutan cuaca yang buruk termasuk kesejukan dan salji.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China