Cari:
Menentang Membazir dalam Sambutan Tahun Baharu China
2013-01-26 16:20:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ahli Tetap Biro Politik merangkap Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Yunshan dalam sidang laporan pelaksanaan anjuran-anjuran Kongres Kebangsaan ke-18 PKC semalam menegaskan bahawa kerajaan tempatan dikehendaki menentang segala tindakan yang membazir dan mewujudkan suasana yang bersih dalam tempoh sambutan Tahun Baharu China. Inilah arahan yang terkandung dalam surat pekeliling kerajaajn pusat.

Beliau berkata, lapan peraturan baru yang digubal oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC bertujuan untuk menggalakkan anjuran-anjuran Kongres Kebangsaan ke-18 PKC dapat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. Suasana bersih harus dikekalkan dalam pentadbiran bagi jangka panjang dan pencapaian dalam pelaksanaan lapan peraturan tersebut harus disaksikan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China