Sejumlah kereta api laju terpaksa mengurangkan kelajuan atau menghentikan operasi akibat salji tebal yang melanda kawasan utara serta provinsi Shandong dan Henan China.
Jurucakap Biro Kereta Api Beijing berkata, selain kelajuan bagi laluan Beijing-Guangzhou, Beijing-Shanghai dan Beijing-Tianjin dikurangkan, terdapat 12 kereta api dihentikan operasi.
3 Februari merupakan hari ketiga sejak puncak pengangkutan sempena Tahun Baharu China. Seramai 5.86 juta penumpang menggunakan kereta api pada hari tersebut.