Cari:
Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Memperkukuh Jambatan Persahabatan China-Indonesia
2013-02-11 12:15:53 CRI Cetak

Baru-baru ini, Syrikat Jalan dan Jambatan China yang berjaya menyelesaikan pembinaan Jambatan Suramadu di Indonesia dan Kumpulan TH Berhad Indonesia yang membuka "Jalan Indonesia" di China masing-masing dianugerahi "Sepuluh Syarikat China Yang Paling Berjaya di ASEAN 2012" dan "Sepuluh Syarikat ASEAN Yang Paling Berjaya di China 2012" kerana memberikan sumbangan yang besar dalam mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sosiobudaya antara China dan Indonesia.

Jambatan Suramadu yang panjangnya 5438 meter itu menyambungkan pulau Jawa yang ekonominya paling maju di Indonesia dengan pulau Madura yang agak ketinggalan tapi kaya dengan sumber alam. Ini jambatan pertama yang menghubungkan kedua-dua pulau berkenaan, dan juga jambatan menyeberangi laut yang paling panjang di Indonesia bahkan di rantau Asia Tenggara.

Jarak antara Surabaya dengan Madura hanya 5 kilometer, namun pengangkuatan antara kedua-dua pulau itu bergantung kepada kapal sahaja. Ini telah menyekat hubungan dan perkembangan sosioekonomi tempatan. Oleh itu, membina jambatan yang menyambungkan kedua-dua pulau itu amat diingini oleh kerajaan dan penduduk tempatan. Atese Ekonomi Kedutaan Besar Indonesia ke China, Marolop Nainggolan berkata,

"Pada masa dahulu, pulau Madura amat ketinggalan. Namun ketika saya pergi sana pada tahun 2010, banyak rombongan pelancong melawat sana, dan barangan pulau itu juga dijual di tempat lain. Jambatan ini banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi Madura."

Jambatan Suramadu merupakan jambatan pertama syarikat China yang mempunyai hak harta intelek sendiri di luar negara. Kejayaannya bukan hanya menyediakan asas bagi kemasukan piawaian dan teknologi pembinaan China ke pasaran antarabangsa, bahkan menggalakkan pengeksportan teknologi, bahan dan kelengkapan China.

Naib Pengurus Besar Syarikat Jalan dan Jambatan China, Liu Hong menyatakan,

"Bagi syarikat China yang memasuki pasaran antarabangsa, yang paling sukar ialah teknologi diperakui oleh pasaran tempatan dan mempunyai hak harta intelek kita sendiri. Projek Jambatan Suramadu bermakna besar kerana reka bentuk dan pembinaan jambatan ini semuanya menggunakan piawaian China."

Sama dengan syarikat China ini, Kumpulan TH Berhad Indonesia juga memberi sumbangnya bagi mendorong pertukaran sosiobudaya kedua-dua negara melalui "jambatannya'. Pada tahun 2008, dengan sokongan Kementerian Perdagangan Indonesia dan Dewan Perniagaan Indonesia-China, TH membuka "Jalan Indonesia" pertama di Shanghai. Kini, "Jalan Indonesia" telah tersebar ke Beijing, Makau, Hangzhou dan Kunming. Pegawai Ketua Eksekutif TH, Sunny Sukardi berkata,

"Kitika saya datang ke China pada tahun 2000, saya mendapati kebanyakan orang China kurang mengetahui Indonesia. Sebenarnya negara ini mempunyai budaya yang memdalam, cuma belum diteroka dan diketahui umum seperti China. Oleh itu, saya berharap membina wahana ini supaya ia menjadi jambatan pertukaran budaya yang turut menggalakkan persahabatan antara kedua-dua negara."

"Jalan Indonesia" bukan hanya mempamerkan dan menjual barangan buatan Indonesia seperti batik, ukiran kayu dan kopi, bahkan juga mempertunjukkan budaya nyanyian dan tarian pelbagai etnik serta makanan negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China