Perdana Menteri China, Wen Jiabao mempengerusikan mesyuarat eksekutif Dewan Negara untuk membincangkan langkah kawalan pasaran hartanah ekoran kenaikan harga rumah di beberapa bandar baru-baru ini.
Mesyuarat semalam menunjukkan, ketegangan antara penawaran dan permintaan rumah di beberapa bandar utama sukar diubah dalam jangka masa yang pendek. Oleh itu, kerajaan perlu mengekalkan kesinambungan dan kestabilan dasar yang menyokong pembelian rumah untuk didiami sendiri di samping membendung spekulasi dalam pasaran hartanah. Selain itu, projek perumahan mampu milik juga perlu ditingkatkan bagi memenuhi keperluan pasaran.
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat ke-234 dan juga yang terakhir bagi kerajaan penggal ini.