Cari:
Kim Jong Un dan Dennis Rodman Menonton Pertandingan Bola Keranjang Bersama-sama
2013-03-01 11:28:21 CRI Cetak

Pemimpin Republik Rakyat Demokratik Korea(DPRK), Kim Jong Un dan mantan pemain bola keranjang terkenal AS, Dennis Rodman bersama-sama menonton pertandingan bola keranjang di Pyongyang semalam.

Pertandingan itu dijalankan antara pasukan yang terdiri daripada gabungan 12 pemain dari Universiti Sukan DPRK dengan empat pemain dari Pasukan Harlem Globetrotters AS bertanding, yang berakhir dengan keputusan seri 110 mata.

Ketika berucap selepas pertandingan itu, Dennis Rodman merakamkan terima kasih kepada DPRK kerana mengundang pemain bola keranjang AS untuk melawat negara itu, dan menganggap pertandingan itu dapat menggambarkan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara. Kata beliau, walaupun situasi hubungan antara AS dengan DPRK agak dikesalkan , namun beliau sendiri tetap menjadi rakan baik Kim Jong Un dan rakyat DPRK.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China