Cari:
China, Rusia Ikrar Jalin Kerjasama Strategik
2013-03-25 14:43:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan telah mengadakan rundingan dengan Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu di Moscow semalam.

Chang Wanquan berkata, lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Rusia berjaya. Ketua kedua-dua negara telah mencapai kata sepakat yang penting bagi mengekalkan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan merapatkan hubungan rakan strategik secara menyeluruh. Hubungan ketenteraan kedua-dua negara merupakan komponen penting hubungan China-Rusia. China bersedia meningkatkan kerjasama yang pragmatik dalam pelbagai bidang termasuk pertukaran lawatan peringkat tinggi, perbincangan strategik, latihan ketenteraan bersama dan pertukaran antara pegawai tentera muda bagi mengembangkan hubungan ketenteraan kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Sergei Shoigu berkata, Rusia menumpukan perhatian penuh terhadap kerjasama yang saling menguntungkan kedua-dua negara dalam bidang ketenteraan, serta bersedia meningkatkan koordinasi dengan China agar kerjasama pragmatik tentera kedua-dua negara lebih rapat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China