Cari:
Strategi Pertahanan China: Terbuka dan Telus
2013-04-16 15:39:30 CRI Cetak

China bersikap terbuka dan telus dalam strategi pertahanannya. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Yang Yujun ketika menjawab soalan mengenai ketelusan ketenteraan China dalam sidang media di Beijing hari ini.

Menurut beliau, ketelusan ketenteraan berkaitan dengan keselamatan negara yang merupakan konsep yang relatif. Tiada negara yang mempunyai ketelusan ketenteraan yang mutlak.

Tambah beliau, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China menubuhkan mekanisme rundingan strategik dengan 23 buah negara dan melalui pelbagai cara memperkenalkan dasar pertahanan, isu keselamatan yang menjadi perhatian dan misi pasukan tentera China termasuk sidang pelbagai hala, ucapan umum, liputan, sistem jurucakap yang berkaitan, dan pembinaan laman sesawang Kementerian Pertahanan. Tahap ketelusan ketenteraan China amat tinggi, bersesuaian dengan pembangunan tentera, dan juga selaras dengan taraf pembangunan sosioekonomi China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China