Cari:
Kertas Putih Pertahanan Untuk Tingkatkan Kepercayaan
2013-04-16 17:54:49 CRI Cetak
Kertas putih Kepelbagaian Tugas Angkatan Bersenjata China dikeluarkan pagi tadi. Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar Pertahanan, Akademi Sains Ketenteraan China, Chen Zhou ketika diwawacara oleh wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) menjelaskan bahawa perbezaan yang paling ketara dengan kertas putih pertahanan yang diterbitkan sebelum ini adalah kertas putih ini mempunyai subjek khas.

Menurut Chen yang juga anggota kumpulan penggubal kertas putih ini, sejak tahun 1998, kerajaan China menerbitkan kertas putih pertahanan setiap dua tahun. Setakat ini, tujuh buah kertas putih yang komprehensif telah diterbitkan. Kertas putih yang bertajuk Kepelbagaian Tugas Pertahanan China ini banyak memfokuskan kepelbagaian tugas pertahanan China dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Kertas pulih ini menyebut, angkatan bersenjata China perlu berpegang kepada prinsip "jika tidak menjejaskan kita, kita tidak akan bertindak, sebaliknya jika menjejaskan kita, kita akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah". Ketika menjawab pertanyaan sama ada ini bermakna China akan mengamalkan dasar luar yang lebih keras, Chen menyatakan bahawa prinsip yang bersifat defensif itu telah pun dikemukakan dalam kertas putih pertahanan pada tahun 1998. China mengekalkan pendirian sendiri untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa secara damai, serta dengan tegas melaksanakan dasar pertahanan yang bersifat defensif. Namun, China akan bertegas terhadap sebarang tindakan yang menjejaskan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Chen berkata, hal ini tidak bermakna dasar pertahanan dan strategi ketenteraan China telah berubah. Sebaliknya, China hanya menegaskan semula prinsip berkenaan dalam situasi yang baharu. Prinsip tersebut mesti menjadi pegangan China dalam isu berkaitan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Usaha mempertahankan hak dan kepentingan maritim serta kepentingan negara di luar negara buat pertama kali dikandungkan dalam kertas putih pertahanan China. Chen berkata, hal ini mencerminkan kepentingan pembangunan sudah menjadi bahagian penting dalam kepentingan negara. Sejajar dengan peningkatan hubungan pembangunan China dengan pembangunan dunia, kepentingan China juga turut diperluas daripada keselamatan wilayah kepada jaringan lautan dan ruang angkasa, daripada keselamatan tradisional kepada keselamatan bukan tradisional. Oleh itu, tugas angkatan bersenjata China bukan sahaja untuk mempertahankan kedaulatan negara, tetapi juga mempertahankan hak dan kepentingan maritim serta kepentingan negara di luar negara, termasuk di ruang angkasa.

Operasi Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China di luar negara, termasuk melindungi pelayaran dan tindakan kecemasan maritim juga untuk mempertahankan kepentingan negara serta menunaikan kewajipan antarabangsa. Seiring dengan peningkatan kekuatan tentera China, China akan memikul lebih banyak kewajipan dan tanggungjawab antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada keamanan dunia dan pembangunan bersama.

Kertas putih berkenaan juga buat kali pertama mendedahkan butiran berkaitan latihan tentera laut China di laut lepas, dan mengemukakan pandangan untuk meningkatkan keupayaan pertempuran tentera di laut lepas. Ketika ditanya sama ada ini bermakna dasar pertahanan di perairan pinggir laut telah berubah, Chen berkata, pertahanan tentera China di perairan pinggir laut tidak berubah. Namun, lautan merupakan ruang serta jaminan sumber yang penting bagi China mewujudkan pembangunan lestari. Oleh itu usaha mempertahankan hak dan kepentingan maritim menjadi tugas penting bagi PLA.

Tambah beliau, peningkatan keupayaan pertempuran tentera laut China di laut lepas tidak mencerminkan perubahan dasar pertahanan di perairan pinggir laut. China akan terus memberikan sumbangan ke arah mewujudkan lautan yang harmoni.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China