Cari:
Xi Jinping Kunjungi Mangsa Bencana Gempa Lushan Sichuan
2013-05-22 13:27:10 CRI Cetak
Presiden China, Xi Jinping mengunjungi mangsa bencana gempa di kaunti Lushan provinsi Sichuan dan mengatur kerja menyelamat seterusnya petang semalam.

Ketika tiba di stadium kaunti Lushan, pusat penempatan sementara mangsa bencana yang paling besar di kaunti itu, Xi Jinping memberitahu penduduk tempatan bahawa beliau amat bimbang akan keselamatan mereka selepas bencana itu berlaku. Setakat semalam, sebulan sudah berlalu sejak bencana gempa berlaku, tugas menyelamat telah mencapai kejayaan pada peringkat pertama. Berikutnya, pembangunan pasca bencana akan dijalankan secara saintifik dan dengan secepat mumgkin.

Kemudian, Presiden Xi pergi ke ladang kampung Qinglongchang mukim Longmen, dan bertanya kepada petani mengenai keadaan penanaman jagung setelah mengalami bencana gempa. Beliau menggalakkan para petani menyegerakan projek penanaman untuk mengurangkan kerugian dengan seberapa yang boleh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China