Cari:
Tentera Kerajaan Syria Tawan al-Qusayr
2013-06-06 15:42:00 CRI Cetak

Tentera kerajaan Syria berjaya menawan Al-Qussair dan kawasan berhampiran serta memulihkan keselamatan dan kestabilan di tempat itu. Demikian diumumkan oleh markas tentera kerajaan Syria semalam.

Stesen televisyen Syria semalam berulang menyiarkan vidio tentang tentera kerajaan yang disambut meriah oleh penduduk tempatan al-Qusayr dan menyifatkan ini isyarat yang ketara kepada musuh-musuh Syria bahawa tentera Syria sudah bersiap untuk membalas apa juga tindakan bermusuhan.

Al-Qusayr dianggap sebagai lokasi yang strategik dalam konflik antara kedua-dua pihak di bahagian tengah negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China