Cari:
China Sedia Bekerjasama dengan PBB Selesaikan Isu Syria
2013-06-21 12:40:43 CRI Cetak

China sentiasa menganjurkan dan menyokong PBB memainkan peranan penting dalam usaha menangani hal-ehwal antarabangsa. China bersedia mengambil bahagian dengan aktif dalam urusan PBB yang melibatkan pelbagai bidang, antaranya menggalakkan penyelesaian isu antarabangsa termasuk krisis Syria dengan sempurna. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika ditemui Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di Beijing semalam.

Li Keqiang menyatakan bahawa China sebagai negara membangun yang paling besar sentiasa mengutamakan pembangunan bahkan komited kepada pembangunan secara berterusan.

Ban Ki-moon menyatakan bahawa PBB berharap untuk meningkatkan kerjasama dengan China bagi merealisasikan Matlamat Pembangunan Milenum agar dapat memelihara kesejahteraan rakyat China dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China