Cari:
China Bantah Kertas Putih Pertahanan Jepun
2013-07-12 15:41:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kertas Putih Pertahanan Jepun yang dikeluarkan pada 9 Julai lepas, menggembar-gemburkan "ancaman ketenteraan China" berdasarkan fakta yang diputarbelitkan. Tentera China mengemukakan bantahan keras terhadap perbuatan Jepun yang mengarang-ngarang dokumen itu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Negara China, Geng Yansheng berkata demikian semalam.

Geng berkata lagi, dalam kertas putih itu, tindakan China untuk memelihara hak kedaulatan negara dicela sewenang-wenangnya, dan hubungan China dengan negara-negara jiran juga diapi-apikan.

Beliau menambah, kenyataan Jepun mengenai apa yang disebut "China mencerobohi wilayah laut dan udara Jepun" bohong belaka.

Geng menggesa Jepun mengkaji diri mengenai sejarah kekejaman militarisnya dan memilih jalan pembangunan secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China