Sempena hari peringatan Jepun mengakui kalah dalam Perang Dunia II yang jatuh pada 15 Ogos, sama ada pegawai kerajaan akan menziarahi kuil Yasukuni menjadi tumpuan perhatian pelbagai pihak. Laporan terkini mengenai hubungan Jepun-AS yang dikeluarkan oleh Jabatan Penyiasatan Parlimen AS menunjukkan bahawa sekiranya Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe atau anggota Kabinet yang lain menziarahi Yasukuni pada 15 Ogos, tindakan ini berkemungkinan akan memburukkan lagi situasi yang tegang di Asia Timur Laut. Beberapa kenyatana Shinzo Abe yang bersungguh-sungguh mengesyorkan fahaman nasionalisme berhaluan kanan telah meruncingkan situasi serantau, bahkan menjejaskan kepentingan AS.
Menurut laporan itu, selain China dan Republik Korea, AS pula akan memberikan tumpuan perhatian kepada Jepun demi sikapnya menangani masalah hamba seks dalam Perang Dunia II.