upacara perasmian perkhidmatan kapal induk Izumo diadakan di bandar Yokohama, Kanagawa.
Kapal induk pembawa helikopter Pasukan Pertahanan Diri Jepun, Izumo mula berkhidmat semalam. Upacara perasmian diadakan di bandar Yokohama, Kanagawa semalam. Timbalan Perdana Menteri Jepun, Taro Aso dan Ketua Setiausaha Parti Liberal Demokratik (LDP), Ishiba Shigeru menghadiri upacara tersebut.
Kementerian Pertahanan Negara Jepun menafikan kapal induk itu adalah "kapal induk yang bersifat agresif" dengan alasan kapal induk itu tidak dilengkapi prasarana untuk pesawat bersayap tetap untuk berangkat dan mendarat. Pasukan Pertahanan Diri Jepun dilaporkan sedang membina sebuah kapal perang yang jenisnya sama dengan Izumo.