Cari:
CAEXPO, Wadah Penting Komunikasi China-ASEAN
2013-08-08 17:36:24 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-10 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-10 akan diadakan di bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China pada 3 hingga 6 September nanti. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 terjalinnya hubungan rakan strategik China-ASEAN, dan juga ulang tahun ke-10 CAEXPO. China dan negara-negara ASEAN bersedia menaik taraf ekspo itu supaya menjadi wadah komunikasi yang penting bagi kedua-dua pihak.

Dimaklumkan, kerja persiapan CAEXPO dan CABIS tahun ini berjalan lancar. Jumlah dan mutu syrikat yang mendaftar untuk menyertai ekspo itu lebih baik berbanding dengan dahulu. Permintaan gerai pameran jauh melebihi bekalannya. Laos, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam menyewa dewan pameran sendiri. Filipina merupakan negara tema bagi CAEXPO kali ini.

Dalam tempoh 10 tahun sejarah CAEXPO, ekspo itu memainkan peranan yang semakin penting dalam kerjasama China-ASEAN. Ia berjaya membentuk mekanisme penganjuran bersama 11 negara. Ini mencerminkan kepentingan, sasaran dan permintaan besama. Mekanisme itu banyak memudahkan pelaburan dan perdagangan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) bagi syarikat.

Ketua Jawatankuasa Penganjur CAEXPO yang juga Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng menyatakan bahawa pada 10 tahun yang lalu, China dan ASEAN telah meningkatkan hubungan politik yang saling mempercayai, kerjasama ekonomi dan perdagangan bilateral berkembang pesat, syarikat dan rakyat kedua-dua pihak memperoleh keuntungan yang besar. Ini amat bergantung pada CAEXPO.

Ketua Setiausaha Sekretariat CAEXPO yang juga Naib Pengerusi Guangxi, Zhang Xiao memaklumkan, CAEXPO dan CABIS kali ini bertemakan "kecemerlangan, inovasi dan perkembangan" supaya mewujudkan "satu titikberat, dua peningkatan, dan tiga peluasan", iaitu mempamerkan kemajuan hubungan rakan strategik China-ASEAN yang cemerlang pada 10 tahun yang lalu, menetapkan sasaran pada masa depan; meningkatkan peranan CAEXPO bagi mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan, serta meningkatkan taraf penganjuran ekspo; memperluas lingkungan kerjasama, bidang kerjasama dan fungsi pelbagai pangkalan perniagaan, perdagangan, pengangkutan, pemprosesan dan pusat komunikasi maklumat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China