Agensi Berita Hokaido Jepun mengeluarkan rencana baru-baru ini yang menyifatkan rancangan sesetengah menteri kabinet negara itu dan pegawai Parti Liberal Demokratik menziarahi Yasukuni Jinja sebagai tindakan membelakangi prinsip politik bebas daripada agama dalam Perlembagaan Jepun.
Menurut rencana itu, perasaan untuk menziarahi anggota tentera yang terbunuh dalam peperangan boleh difahami. Namun, rancangan menziarahi Yasukuni Jinja pada 15 Ogos, iaitu tarikh Jepun menyerah kalah perlu diteliti dari segi makro.