Cari:
Presiden Xi Kemuka Gagasan Baharu dalam Sidang Kemuncak G20
2013-09-07 15:51:15 CRI Cetak

Presiden Xi Jinping mengemukakan banyak gagasan baharu bagi pihak China dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) termasuk pembangunan inovatif, pertumbuhan ekonomi yang saling hubung dan kepentingan yang bersepadu.

Dalam taklimat media selepas sidang kemuncak di Saint Petersburg itu, Menteri Luar China, Wang Yi berkata, Presiden Xi mengegsa negara anggota G20 menjalinkan perkongsian yang lebih rapat, mengamalkan dasar ekonomi makro yang bertanggungjawab serta mengekalkan dan menggalakkan keterbukaan ekonomi dunia.

Xi berkata, pembangunan bersama dunia mustahil diwujudkan tanpa pembangunan negara-negara membangun.

Beliau menegaskan perlunya untuk melaksanakan pembaharuan terhadap institusi kewangan antarabangsa, menggalakkan sistem kewangan antarabangsa yang adil dan bersifat inklusif, serta meningkatkan perwakilan dan hak bersuara negara-negara membanguan dalam tadbir urus ekonomi global.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China