Cari:
Jepun Bantah Kartun Perancis terhadap Krisis Nuklear Fukushima
2013-09-14 15:59:50 CRI Cetak

Selepas Jepun berjaya mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik 2020, surat khbar Perancis "Le Canard enchaîné" telah menerbitkan rencana dan siri kartun. Dua kartun antaranya menghubungkan kemenangan Jepun tersebut dengan krisis kebocoran radiasi nuklear di Fukushima.

Jepun berpendapat bahawa ini telah menjejaskan perasaan mangsa dalam gempa bumi besar-besaran negara itu dan juga menyampaikan fahaman yang silap tentang air cemar radioaktif di Jepun kepada orang ramai. Kedutaan Besar Jepun dilaporkan akan mengeluarkan bantahan kepada kerajaan Perancis.

Ketika diwawancara oleh "Le Figaro", Ketua Editor "Le Canard enchaîné", Louis-Marie Horeau menyatakan beliau tidak tahu mengapa perlu meminta maaf kepada Jepun, kerana kartun-kartun tersebut hanya menyatakan ketidakpuasan terhadap keadah kerajaan Jepun dalam usaha menyelesaikan krisis kebocoran nuklear. Beliau menyatakan terkejut kerana pihak Jepun hanya mengeluarkan bantahan terhadap kartun tersebut, sebaliknya tidak menjelaskan tindakan mencurah air cemar radioaktif sebanyak 35 tan ke laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China