Cari:
Mesyuarat Peringkat Menteri Persidangan Perubahan Iklim PBB Dirasmikan
2013-11-20 10:53:05 CRI Cetak

Persidangan Pemeterai Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB ke-19 dan Mesyuarat Peringkat Menteri Pemeterai Protokol Kyoto ke-9 dirasmikan di Warsaw, ibu kota Poland semalam.

Perdana Menteri Poland, Tusk ketika berucap merasmikan persidangan itu menyeru pelbagai pihak yang terlibat agar berusaha sedaya upaya untuk mencapai konsensus dan mendorong rundingan iklim mencapai kemajuan. Menurut beliau, Poland sebagai negara tuan rumah tidak akan memaksa negara-negara lain menerima hasratnya, namun masalah perubahan iklim perlu ditangani secara berkesan melalui kerjasama pelbagai negara.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pula menggesa negara-negara maju menunaikan janji untuk menyumbangkan modal dan bantuan teknikal kepada negara-negara membangun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China