Cari:
Persidangan Iklim di Warsaw Berakhir
2013-11-25 15:38:56 CRI Cetak

Persidangan ke-19 Pemeterai Konvensyen Kerangka PBB berhubung Perubahan Iklim (UNFCCC) dan Persidangan ke-9 Pemeterai Protokol Kyoto (KP) di Warsaw berakhir kelmarin dengan perjanjian tercapai. Walaupun perjanjian berkenaan kurang memuaskan hati, China tetap menyatakan akan berpegang pada pembangunan karbon rendah.

Ketua Delegasi China, Xie Zhenhua berkata, tiga pencapaian diraih dalam persidangan kali ini. Pertama, prinsip "tanggungjawab bersama tapi berbeza" dicapai dalam tindakan Durban. Kedua, negara maju sekali lagi menjanjikan sokongan kepada negara membangun dalam usaha menangani perubahan iklim. Dan ketiga, pelbagai pihak mencapai kata sepakat berhubung mekanisme ganti rugi dan rundingan berkenaan bakal dimulakan. Walau bagaimanapun, beberapa permintaan rasional dari negara membangun tidak dipenuhi. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati dan memberi kesan negatif kepada rundingan kelak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China