Cari:
29 Mati, 41 Cedera dalam Serangan Keganasan di Iraq
2013-12-14 16:04:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 41 lagi cedera dalam beberapa serangan keganasan yang berlaku di Iraq pada 13 Disember lalu.

Ini termasuk serangan ke atas satu talian paip penghantaran gas asli di provinsi Diyala, timur Iraq, yang menyebabkan 15 orang warga Iran dan tiga warga Iraq terbunuh. Indenditi penyerang berkenaan masih belum diketahui.

Insiden letupan bom kereta di Ramadi, ibu kota provinsi Anbar, barat Iraq pula mengorbankan sekurang-kurangnya lima anggota pasukan keselamatan Iraq dan sembilan yang lain cedera.

Setakat ini, belum ada sebarang kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan-serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China