India semalam berjaya melancarkan Alat Pelancar Satelit Geosegerak (GSLV) D5 pertamanya menggunakan teknologi bahan bakar kriogen asli yang berjaya menghantar sebuah satelit komunikasi seberat hampir dua tan ke orbit geosegerak.
Umum berpendapat pelancaran tersebut bermakna India akan mempunyai tempat sendiri dalam pasaran pelancaran satelit komersial global, selain boleh melaksanakan program penerbangan angkasa lepas pembawa angkawasan.