Cari:
RoK Bantah Hasrat Jepun Masukkan Pulau Dokdo sebagai Wilayahnya dalam Buku Teks
2014-01-13 14:54:54 CRI Cetak

Pegawai Biro Asia Timur Laut Kementerian Luar Republik Korea (RoK), Lee Sang-deok petang semalam memanggil Duta Besar Jepun ke RoK, Kenichi Kobayashi untuk membantah rancangan Jepun memasukkan Pulau Dokdo sebagai wilayah negara itu dalam buku teks sekolah menengah.

Yomisuri Shimbun Jepun melaporkan kelmarin bahawa kerajaannya memutuskan memasukkan Pulau Takeshima(Pulau Dokdo dalam sebutan RoK)yang menjadi pertikaian dengan Rok dan Pulau Diaoyu yang menjadi pertikaian dengan China sebagai wilayahnya dalam buku teks sekolah menengah yang bakal digunakan bermula tahun 2016.

Kementerian Luar RoK menggesa kerajaan Jepun menarik balik rancangan tersebut jika laporan itu betul dan Jepun mesti bertanggungjawab terhadap semua akibat berikutan perkara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China