Cari:
Ki-moon Harap Sidang Kemuncak Iklim Capai Kemajuan
2014-01-25 15:21:16 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mempelawa pemimpin pelbagai negara supaya menghadiri sidang kemuncak iklim 2014 yang akan berlangsung pada September tahun ini.

Beliau membuat undangan sedemikian pada Forum Ekonomi Dunia Davos di Switzerland semalam.

Dimaklumkan, perubahan iklim selalu dijadikan sebagai agenda utama PBB, tetapi kemajuan yang memuaskan belum disaksikan dalam bidang itu sejak sekian lama ekoran kepentingan pelbagai negara yang berbeza-beza.

Ban Ki-moon merayu kepada ketua-ketua negara dan pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat supaya menghadiri sidang berkenaan dengan membawa matlamat dan janjian yang memberangsangkan demi mendorong proses rundingan iklim di Peru nanti. Beliau juga menggesa supaya dasar sokongan terhadap industri karbon rendah dapat dipertingkatkan dan cara pembangunan yang bersifat berterusan diutamakan di kalangan korporat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China